get app
inews
Aa Text
Read Next : Kalahkan Ribuan Peserta, Fara Fibula Jadi Juara Umum AAMA AWARDS 2025

Cetak Prestasi Level Asia, AIMS Dinobatkan Jadi Asia Trusted Trading Platform

Senin, 18 Mei 2026 | 06:05 WIB
header img
Indonesia mencuri perhatian di level Asia lewat Asia Book of Records. Foto: Istimewa

JAKARTA, iNewsBekasi.id – Indonesia kembali mencuri perhatian di level Asia. Sejumlah platform transportasi daring masuk dalam daftar penerima penghargaan bergengsi dari Asia Book of Records tahun ini.

Founder Asia Book of Records Dato Kk Chua mengatakan penghargaan diberikan kepada perusahaan maupun individu yang memiliki pencapaian luar biasa dan dapat diverifikasi di tingkat Asia. Sebut saja platform perdagangan internasional AIMS yang dinobatkan sebagai Asia Trusted Trading Platform.

“Ini bukan sekadar di Indonesia atau Asia Tenggara, tetapi sudah di level Asia,” kata Dato Kk Chua. 

Menurutnya, konsep Asia Record mirip seperti Guinness World Records, namun berfokus pada pencapaian brand dan perusahaan di kawasan Asia. Beberapa nama lainnya, seperti Nintendo, Din Tai Fung, hingga Vingroup juga pernah masuk daftar penerima penghargaan tersebut.

Dijelaskannya, AIMS merupakan platform perdagangan yang telah beroperasi selama 11 tahun dan ada di 21 negara dan mengumumkan pencapaian membanggakan dengan pengiktirafan sebagai “Asia Trusted Trading Platform” daripada Asia Records.

Pengiktirafan ini menjadi satu milestone penting untuk AIMS, selari dengan perjalanan syarikat yang dibina bukan sekadar sebagai sebuah perniagaan, tetapi sebagai satu ekosistem yang menghubungkan komuniti, peluang, dan pertumbuhan merentasi pelbagai sektor.

Sejak penubuhannya 11 tahun lalu, AIMS membawa satu visi besar untuk membina lebih daripada sekadar perniagaan. Fokus utama syarikat adalah mewujudkan ekosistem yang mampan dengan hubungan komuniti yang kukuh.

Sepanjang tempoh tersebut, AIMS telah berkembang dalam pelbagai bidang menjadikan jenama ini semakin dikenali di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Selepas 11 tahun perjalanan, kami melihat pertumbuhan yang sangat positif. Apa yang kami bina bukan hanya sebuah business platform, tetapi sebuah community ecosystem yang terus berkembang dan memberi impak,” kata Senior Vice President AIMS Dr Danny Yeong.

Mengulas mengenai pengiktirafan Asia Record yang diterima, pihak AIMS menyifatkan penghormatan tersebut sebagai satu pengiktirafan bermakna terhadap usaha berterusan pasukan mereka.

“Kami amat berbesar hati dan bersyukur menerima recognition ini. Ia adalah hasil daripada kerja keras seluruh team yang telah bersama-sama membina AIMS sejak awal penubuhan,” ujar Vice President Tunku Mukhri.

Pengiktirafan Asia Record dengan title “Most Trusted Trading Platform” dilihat sebagai simbol kepercayaan, pencapaian, serta komitmen AIMS dalam membina platform perdagangan yang dipercayai dan relevan di peringkat Asia.

Dengan operasi merangkumi 21 negara sekarang, AIMS terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform yang memberi fokus kepada inovasi, hubungan strategik, dan pertumbuhan berterusan.

Penerimaan pengiktirafan ini dijadikan pemangkin untuk AIMS terus melangkah lebih jauh dalam pasaran global.

“Kami percaya ini bukan penghujung, tetapi permulaan kepada pencapaian yang lebih besar. Fokus kami adalah untuk terus berkembang, mencipta impak yang lebih luas dan membawa nama AIMS ke pentas global,” ucapnya.

Editor : Tedy Ahmad

Follow Whatsapp Channel iNews untuk update berita terbaru setiap hari! Follow
Lihat Berita Lainnya
iNews.id
iNews Network
Kami membuka kesempatan bagi Anda yang ingin menjadi pebisnis media melalui program iNews.id Network. Klik lebih lanjut